Sunday, October 16, 2011

ADUN DAP SARAWAK SOKONG BELANJAWAN 2012



Dalam begitu ramai dikalangan pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa belanjawan yang di bentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini dengan pelbagai spekulasi, rupa-rupanya masih ada lagi pemimpin di kalangan pihak pembangkang yang bersetuju secara total dengan apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Pemimpin yang penulis maksudkan ialah ADUN Sarawak dari parti DAP iaitu See Chee How yang mewakili DUN Batu Lintang.

Beliau mengatakan bahawa belanjawan 2012yang dibentangkan pada tahun ini adalah yang terbaik dan lebih realistik berbanding dari tahun-tahun sebelumnya, yang mana belanjawan pada kali ini menitik beratkan atau meliputi keseluruhan rakyat tidak kira latar belakang agama atau sesebuah bangsa.

Beliau juga berpendapat bahawa belanjawan tahun ini amat memberi faedah kepada seluruh individu, isi rumah, pegawai dan kakitangan sektor awam dan swasta, pelabur dari luar negara, pembangunan luar bandar dan bandar serta perkhidmatan untuk rakyat.

Penulis langsung tidak menjangkakan bahawa ADUN DAP ini mempunyai pemikiran yang amat baik berbanding dengan pemimpin parti pembangkang yang selama ini mengatakan bahawa belanjawan tersebut di cedok atau di ciplak atau di cetak rompak dari belanjawan Pakatan Rakyat, sedangkan kita tahu hanya kerajaan yang mengadakan belanjawan untuk rakyat.

Memang tidak dinafikan bahawa kerajaan kita selama ini amat menitik beratkan kebajikan serta keharmonian rakyat di samping ingin memberi keselesaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sokongan yang berterusan dari rakyat Malaysia akan lebih membuatkan kerajaan negara ini bertambah kuat dalam mengharungi pelbagai cabaran demi untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

salam perjuangan anak sarawak

Setelah melihat situasi alam cyber yang begitu memberangsangkan, kami anak2 sarawak terpanggil untuk sama2 membantu pihak kerajaan dalam menerajui pentadbiran bagi negeri ini.

Kami disini akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan maklumat serta laporan terkini tentang segala aktiviti yang sedang atau akan dijalankan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dalam memberikan keselesaan kepada seluruh rakyat negeri sarawak.

Dengan bantuan dari beberapa orang pentadbir blog ini, kami amat berharap pembaca semua akan merasa selesa dan berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan.

Kami juga berharap dengan pemberitahuan yang bakal kami berikan akan lebih memberi lebih pengetahuan kepada semua pembaca tentang akitiviti yang dijalankan oleh kerajaan baik dari peringkat negeri mahupun pusat.

Akhir sekali sambutlah salam perjuangan dari blog PUSAK GAGAH SARAWAK MANSANG.