Monday, July 6, 2015

Tun M sekali lagi merelakan diri menjadi kuda tunggangan, kini "Anak" pula tuan baru


ANAK (Persatuan Anak Felda Kebangsaan) yg dipimpin oleh Mazlan Aliman dan beberapa orang ahli ber jumpa dengan Tun M di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, petang tadi lebih kurang 1 jam.

Antara Isu yg di bawa kepada Tun M adalah Felda, FGV, 1MDB ,GST dan kritikan beliau terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Tun Abd Razak. 

Mazlan menjelaskan lagi tenting ketidakpuasan hati apabila Tan Sri Isa Samad di lantik sebagai Pengerusi Felda kerana Tun M pernah menyingkirkan Tan Sri atas sebab politik wang. Malah mempersoalkan keputusan FGV membeli aset seperti hotel, kilang dan pelaburan di luar negara. 

Pusak Gagah geli hati pula mendengar rayuan dan aduan domba Mazlan Aliman kepada Tun M ibarat menyingkap kain orang, akhirnya kain sendiri yang terlondeh. Mungkin Mazlan rasa dirinya Innocent (maksum) hingga siapa sahaja orang yg tidak bersamanya berdosa dan jijik. 

Kesian Tun M, sudah lah dipergunakan dalam Isu 1MDB, kini ANAK pula menuntun Tun M kedepan menjadi keldai tunggangan mereka demi kepentingan nafsu dan keinginan NGO masing-masing.

Kepada Tun M, nasihat tulus ikhlas dari Pusak Gagah, hargai subsidi umur yang Allah beri utk kebaikan. Tak usah lah Tun M bergelumang dalam selut dan lumpur yang berbau hanyir ini, kerana mereka yang menggunakan Tun hanya memikirkan target utama mereka iaitu harta dunia dan dendam terhadap kepimpinan DS najib.

No comments:

Post a Comment