Tuesday, June 26, 2018

KENAPA KETUA JURU AUDIT NEGARA TIDAK DIBUANG ?

1. Agak menghairankan juga bila Tan Sri Madinah Mohamad selaku Akauntan Negara tidak langsung diusik oleh kerajaan Pakatan Harapan sedangkan ramai dikalangan kakitangan penting dalam kerajaan dibuang atau diambil tindakan.

2. Tan Sri Madinah dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum parti berkenaan tumbang dalam pilihanraya umum yang lalu dan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan rombakan drastik didalam kementerian.

3. Sebagaimana biasa, mereka yang dilantik oleh kerajaan terdahulu ditukar dengan kakitangan atau pegawai yang baharu.

4. Tambahan pula, Tan Sri Madinah merupakan isteri kepada Ketua UMNO Bahagian Kepong yang merupakan penyokong kuat kepada YB Datuk Seri Najib Razak hingga mengeluarkan perkataan “SAYA SANGGUP MATI BERSAMA NAJIB”.

5. Ada ura ura mengatakan bahawa Tan Sri Madinah kini berpaling arah kepada kerajaan Pakatan demi menjaga periuk nasi beliau dan juga suami yang terkenal sebagai ahli perniagaan.

6. Jika benar dakwaan yang disebut-sebut, terbuktilah bahawa pengikut Najib yang sebenarnya hanya mengejar projek bernilai jutaan ringgit namun tidak mampu untuk membela nasib boss mereka dahulu.





No comments:

Post a Comment