1. Semua orang UMNO mengetahui bahawa kewujudan UMNO baru pada tahun 1988 adalah disebabkan pertelingkahan diantara dua orang yang berkuasa dimasa itu, seorang Perdana Menteri dan seorang lagi anak Raja dari Kelantan.
2. Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li telah mencabar Dr Mahathir Muhamad bagi merebut jawatan Presiden UMNO hingga memperlihatkan UMNO pecah kepada dua team iaitu team A dan B.
3. Kerana tidak puas hati maka Ku Li telah mengheret UMNO sehingga diharamkan penubuhannya pada ketika itu dan wujudlah UMNO baru dan Ku Li pula menggagaskan Semangat 46 sebagai sebuah parti politik.
4. Tak berapa lama selepas itu, Ku Li membubarkan Semangat 46 dan kembali menyertai UMNO.
5. Dengan menyatakan bahawa tidak akan menyertai UMNO walaupun dijemput jelas menunjukkan betapa ego seorang yang mempunyai darah Raja dalam sebuah parti politik.
6. Kini Ku Li menawarkan diri sebagai Presiden itu pun atas desakan beberapa orang pemimpin muda kononnya hanya Ku Li yang boleh melawan Dr Mahathir dalam parlimen.
7. Apa rasionalnya Ku Li sebagai Presiden baru boleh berdebat dengan Dr Mahathir sedangkan Ku Li juga merupakan Ahli Parlimen dan mampu berbuay demikian walaupun tidak memegang jawatan sebagai Presiden.
8. Dimana keberadaan Ku Li semasa bekas Perdana Menteri menerima kecaman kiri dan kanan termasuk fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang pada ketika itu?
9. Adakah Ku Li pernah sekali bangun untuk mempertahankan Presiden parti pada ketika itu demi untuk kesinambungan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional?
10. Kenapa kini Ku Li baru hendak ke depan dan dimana dia semasa Barisan Nasional berada dalam kesusahan?
11. Jawapannya ialah, Ku Li bukanlah orang yang setia kepada parti dan pemimpin.
No comments:
Post a Comment