Monday, June 29, 2015

NUFAM diminta hentikan tuntutan yang tidak munasabah




"NUFAM diminta untuk tamatkan segala mogok dan tuntutan yg tidak munasabah," itu yg di kata kan oleh Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berkata, langkah Khazanah Nasional Berhad mengurangkan kakitangan MAS sebagai salah satu asas utama pelan itu perlu diteruskan walaupun berdepan dengan ancaman mogok oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) dan tiada sebab mengapa langkah itu perlu ditarik balik.

Pemberhentian kerja adalah opsyen yg muktamad seperti yg dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Christoph Mueller. Namun kerajaan masih lagi mengambil berat tentang nasib pekerja yang menghadapi Situasi ini.

Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja menerima wang pampasan yang sewajarnya seperti yang terkandung dalam perjanjian bersama (CA)

Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan Rabu lepas bahawa sebanyak 5,500 peluang pekerjaan ditawarkan 30 syarikat kepada kakitangan berkenaan. Ini termasuk dua syarikat penerbangan tempatan iaitu AirAsia dan Malindo Air menawarkan peluang pekerjaan kepada 6,000 kakitangan MAS yang diberhentikan itu. Ahmad juga berkata, pampasan dan kemudahan yang disediakan untuk kebajikan kakitangan yang tidak lagi berkhidmat dan yang masih kekal dalam MAS, menelan belanja RM1.5 bilion.