Friday, October 9, 2015

PAS cuba tunjuk pandai isu TRT-ETGO akhirnya menunjukkan kebodohan sendiri.

Pas sudah kehabisan modal dengan membangkitkan isu yang telah pun diumumkan dalam Bursa Malaysia dan media pada 27 Ogos 2015.
Isu perjanjian diantara FGV Dan Vitterra Inc dalam melupuskan saham Twin River Technologies-ETGO di Kanada telah diumumkan secara rasmi dan tiada istilah menyembunyikan isu TRT-ETGO yg bernilailah RM 608.2 juta.

11 Ogos 2015, FGV telah umum kepada media bahawa FGV sedang berunding dengan lima syarikat yang disenarai pendek. Rundingan telah pun dilakukan lebih awal daripada itu Cuma tidak diumumkan kepada media. Pada 26 Ogos FGV pengumuman rasmi jualan dibuat. Tidak jelas di mana kesilapan dalam proses rundingan tersebut.

Pas cuba menjadi cerdik dengan memetik laporan Bloomberg tetapi sebenarnya mereka tidak faham dan akhirnya memutarbelitkan fakta kepada media.

Bloomberg memetik, FGV menganggarkan harga bidaan adalah sekitar AS$180 juta hingga AS$250 juta ketika proses jualan masih dalam peringkat rundingan.

Dalam rundingan tentulah berlaku pelbagai perubahan dari segi harga, terma dan factor-faktor lain. Keputusan rasmi hanya pada pengumuman jualan iaitu pada 27 Ogos 2015.

Pas menganggap harga anggaran adalah harga rasmi bidaan dan ini adalah silap.

FGV komited untuk berurus niaga dengan syarikat menyediakan tawaran terbaik dan tidak menimbulkan isu sensitif, bukannya bergantung kepada harga bidaan semata-mata. Perkata ini turut dilakukan oleh mana-mana syarikat lain.

Pas sepatutnya merujuk isu berkaitan Felda dan FGV kepada Jabatan Perdana Menteri. Portfolio berkenaan dipegang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.  Tetapi mereka merujuk kepada MITI, ini menunjukkan mereka kurang membuat penyelidikan dan bertindak terburu-buru.

Lebih memalukan lagi Pas terus mempertikaikan urusan penjualan sedangkan FGV telah mematuhi perosedur peraturan penjualan dan dilakukan dengan telus. Pengumuman jualan juga dibuat kepada Bursa Malaysia dan media. Tiada sebarang isu berbangkit mengenai penjualan ini hingga kenyataan  Pas dibuat kepada Harakah malah pengalisis industri telah meletakkan penarafan positif kepada penjualan berkenaan kerana akan memberi impak baik kepada kewangan FGV.

Moga Pas lebih berhati-hati di masa hadapan sebelum membuat tuduhan dan kenyataan media berunsur fitnah.